Assalamualaikum korang.. huhu~ Alhamdulillah sudah ke Ramadhan yang ke-5, dan Alhamdulillah kita masih di sini...
Entry kali ni berkenaan ramadhan guks... Juz wanna share sedikit input yang diperolehi selepas mendengar khutbah Jumaat tadi. Zakat terbahagi kepada banyak bahagian.. but today den nak share sket je bout zakat fitrah dimana semua umat islam wajib mengeluarkan zakat pada bulan Ramadhan.
Mengapa zakat ini perlu? Selain ianya dapat menyucikan jiwa, dapat beramal jariah secara WAJIB, kita sebenarnyer membantu saudara-saudara seagama kita yang tidak berkemampuan. Secara tak lansung dapat memupuk kasih sayang dan toleransi diantara saudara Islam.
Contoh mudah yang perlu kita fahami ialah,
"Sekiranya kita demam, hampir seluruh anggota badan kita tidak mampu untuk menjalankan rutin harian, effeknya KESELURUHAN ANGGOTA BADAN"
Sama dengan konsep zakat fitrah dimana
"Sekiranya kita tidak membayar zakat fitrah, golongan miskin yang tidak berkemampuan akan terus dipinggirkan dan terasa terasing untuk menyambut hari kemenangan. Dalam masa yang sama ekonomi agama ISLAM sendiri tidak berkembang"
Oleh yang demikian, bersedekahlah mengikut kemampuan kita sendiri, dan bayarlah fitrah kerana fitrah ini adalah wajib bagi setiap umat islam.....
Sekian...