Menjelang "TAHUN BARU"

Tiada Mukaddimah...
Yang pasti gambar ini lebih bermakna daripada seribu ucapan selamat daripada sesiapa pun..

Renungilah....


Ambil langkah dan bertindak...

daa~

mOv!nG~


Assalamualaikum..

Berbloging semula?? 
Congrats kat diri sendiri coz dah berblogging semula...
insyaALLAH blog tuk kali ini akan berpanjangan sehingga ia ada.. hahha =P 

Anyway,
entry tuk kali ni bukanlah semata2 nak bgtau aku berblogging semula...
tapi bout mOv!nG~

mOv!nG~?? iN yang moving ker??
hmm.. tak la.. 
abg aku yang pindah..
actually abg aku dah hampir dua bulan kot stay ngan aku....
and now his wife dah dapat tukar kat area2 kl, so diorang pn sewa la umah sendiri.. 
Malam tadi aku tolong2 diorang angkat barang aper sumer..
dan sesudah selesai... aku pn balik la rumah..

Hukhukhuk.. terasa jugak  sedihnyer biler aku dah tinggal sorang2 walaupun baru jer 2 bulan stay ngan abg aku.. kalau dulu aku cukup berusaha carikan dier tempat tinggal yang cukup sempurna dan selesa untuk dia bermalam... and kini juga aku rasa aku puas untuk membantu dier berpindah ke rumah sewanya yang baru...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Terasa jugak sunyinya pabila aku keseorangan cam tuh..
Maner tak nyer kengkadang tuh biler dier balik bukan pada waktu selalunyer, 
aku dah macam risau entah aper2 yang berlaku.. tapi simpang malaikat la kan.. 
bukan nak mintak yang buruk2...

Hurm.. actually dulu tak la rapat n baik sangat ngan abg aku pn...
Juz lately biler aku dah keje kat pj ni barula rapat n terasa hubungan adik beradik tuh ada even dulu slalu jer gaduh...
Susah nak cakap.. Mungkin aku yang suker memberontak kot.. iN kan saper tak tau perangai dier.. hoho~ =P 

Dh tak tau nak citer cam ner..
Cuma mmg dah terasa sunyi sangat2 biler aku sorang2...

Oh ya.. tiber2 teringat pesanan daripada kolonel Profesor Dato` Dr. kamarudin Kachar yang pernah satu gerabak dengan aku pada ramadhan yang lalu.. 
Dia berpesan pada aku... Kita hendaklah menghormati orang tua kita walau saper pn mereka.. Hendaklah berbaik dengan adik-beradik kita walau aper pn yang terjadi dan yang terakhir skali ialah Mestilah menabung dan punyai simpanan kerna kalau kita dalam kesusahan nnt tiada orang lain  yang akan membantu kita selain orang tua, adik beradik dan juga simpanan kita...

Now barula otak aku berjalan memikirkannya.. huhu =) 

Lastly,  kata orang dulu-dulu.. "Air Dicincang Takkan Putus"..
Cam maner nak putus... guner parang tumpul.. =P <- nk merepek guks tuh.. haha.. 

daa~ 


"1986"

(Dipetik daripada Blog terdahulu)


1986

Dunno cam maner aku nak mulerkan story yang setelah sekian lama aku cuber cari feel tuk tulis… but until now still tak der ilham tuk bercerita panjang berkenaan topic ini.. tapi tak per ler aku akan cuber garapkan cerita ini supaya sampai kepada kawan-kawan aku..
Aku punyai group yang aku cipta sendiri pada suatu ketika dulu.. Diberi nama sempena tahun kelahiran aku.. iaitu 1986.. Kini sudah hampir 3 tahun group ini beroperasi. Asalnya 1986 ini di”create” di laman social friendster. Dan kini setelah friendster tidak lagi releven dikalangan peminat laman social, aku telah membuat keputusan untuk mengadaptasi group itu di dalam facebook dimana ia lebih mendapat perhatian ramai tika ini.
Tujuannya hanyalah satu, mengumpulkan seramai mungkin ahli dikalangan tahun lahir yang sama. Untuk apa?? Untuk menjalinkan hubungan yang sihat dan membuang stigma dimana pergaulan internet adalah tidak sihat.
Aku Berjaya menubuhkan 1986 itu dengan jayanya. Mencari ahli yang seramai mungkin untuk menjadikan Group 1986 adalah no 1 pada tiap2 orang yang menyertainya. Alhamdulillah dengan berkat usaha aku untuk menetapkan matlamat group itu tercapai.. Perjalan bermula dari perkenalan masing2 dalam group itu yang membuatkan sumer rapat.. Di awal penubuhan tidak aktif berjumpa seperti mana kini. Tidak pn begitu, ia tetap menjadi perbualan dan topic utama untuk mengjenguk laman diskusi group tersebut.
Tetapi langit tidaklah selalu cerah, keseronokan itu hanyalah sementara tatkala baru setahun jagung group itu beroperasi. Setelah aku berjaya menaikkan group itu sebagai no 1, aku tak menyangka ada orang yang ingin memiliki Group itu atas dasar “kemasyhuran”. Aku kesal kerana sikap aku yang lebih mementingkan orang lain membuatkan aku ditindas. Aku ditindas didalam group aku sendiri. Aku cuba terapkan demokrasi dalam group itu untuk apa-apa jua keadaan dan situasi. Ye, sekali lagi aku berjaya. Tetapi demokrasi itu disalahtafsirkan setelah mereka-mereka inginkan group aku beramai2. Majority itu kan?? Hurm..
Group 1986 jatuh… dibiarkan tanpa update selam hampir 5 bulan.. Ye aku akui aku kecewa dengan sikap mereka-mereka. Dan selama itu lah aku tidak menunjukkan muka aku didalam discussion board. Aku juga menghilang selama 5 bulan. Tetapi diam tidak bererti aku pergi kerana “kesayangan aku” itu adalah diri aku. Tiap hari aku menjenguk ia tanpa post apa2 yang berkaitan mahupn tidak. Biarla kerana pada suatu masa aku akan cari masa yang sesuai untuk membangkitkan semula group itu.
Di penghujung 2008 aku mendapat semangat baru untuk berusaha mengembalikan kegemilangan group itu seperti dulu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. sehingga kini kami masih beropersi.
Ada yang bertanya, naper ko begitu sayang akan group tu?? Aku menjawab aku bahagia melihat kawan-kawan aku di bawah acuan yang benar2 punyai matlamat. Berkawan secara sihat dan menjalinkan hubungan serapat mungkin seperti sebuah keluarga. Membesarkan empayar kenalan diseluruh Malaysia bagi memudahkan urusan dunia. Itulah matlamat aku.
Mengapa aku juga mampu tersenyum sendiri pabila mengenangkan group aku?? Kerna aku dapat melihat penting dan kuatnya group itu pada tiap2 ahli yang menghargai apa yang hendak aku sampaikan. Hinggakan tidak lengkap hidup mereka tanpa menjengah group itu hari demi hari. Aku bangga dan aku seronok dengan itu.
Aku juga senang dan seronok serta gembira pabila mengadakan perjumpaan ataupun aper2 aktiviti tuk group. Telah banyak aktiviti2 yang kta orang jalankan dan Alhamdulillah dengan itu juga kita orang semakin rapat dan semakin mengenali.
Mungkin ada yang mengatakan aku “beriyer2” dalam penubuhan group tersebut walaupun sebenarnyer tiada apa yang istimewa pada sesetengah orang, tapi pada aku ianya adalah “kesayangan aku” untuk aku mencari erti sahabat sebenar.. Aku juga akan “beriyer2” dalam melakukan aper2 aktiviti dan mengendalikan ia sebaik mungkin tuk kebaikan bersama selain aku mahukan ianya “perfect”. Itulah aku dan 1986.
The best part dalam group selain hubungan di antara kawan-kawan, aku telah bertemu dengan seorang kawan, teman & sahabat yang aku panggil “crush”. Dia adalah orang yang sentiasa bersama aku dalam memberikan pandangan dan pendapat serta kritikan yang dapat membuahkan idea serta membantu aku dalam proses pembangunan group itu. Aku akan teruskan tradisi dan cuba yang terbaik bersama crush aku bagi memastikan seramai mungkin dikalangan 1986 akan bertemu.
Kepada ahli & semua yang terlibat yang masih menghargai group ini, tidak terhingga ucapan terima kasih aku kerana korang masih bersama-sama aku meneruskan tradisi ini. Diharap sama2 kita dapat membangunkan group ini untuk kita teruskan ukhwah yang sedia terjalin ini. insyaALLAH..
Kini, kepada semua 1986, nantikan untuk aku lancarkan group itu di facebook. Matlamat aku tetap sama, ingin mengumpulkan seramai mungkin ahli dan menjalinkan hubungan yang sihat diantara kita. Aku akan cuba yang terbaik untuk Group kesayangan aku, 1986.
Akhir sekali, lagu semangat yang ingin aku ketegahkan untuk 1986. Dengarkan “Standing iN The Eyes Of The World”..


Kasih Ayah Tiada Penghujungnya...

(Dipetik daripada blog terdahalu)
Ayah

Ketika Berjauhan
Masihku Rasa Hangat Kasihmu Ayah
Betapaku Rindukan Redup Wajahmu
Hadir Menemaniku

Terbayang Ketenangan
Yang Selalu Kau Pamerkan
Bagaikan Tiada Keresahan

Walau Hatimu Sering Terluka
Tika Diriku Terlanjur Kata
Tak Pernah Sekali Kau Tinggalkan
Diriku Sendirian

Ketikaku Dalam Kedukaan
Kau Mendakap Penuh Pengertian
Disaat Diriku Kehampaan
Kau Setia Mengajarku
Erti Kekuatan

Terpancar Kebanggaan
Dalam Senyummu
Melihatku Berjaya
Bilaku Kegagalan
Tak Kau Biarkan
Aku Terus Kecewa
Dengan Kata Azimat
Engkau Nyalakan Semangat
Restu Dan Doa Kau Iringkan



Tak Dapatku Bayangkan
Hidupku Ayah
Tanpa Engkau Disisi
Semua Kasih Sayang
Yang Kau Curahkan
Tersemat Dihati...

Tersentak: Hyper Ventilate

(Dipetik daripada Blog terdahulu)

Isnin..
14 Jun 2010
1140 am...

"Mengharapkan Kesihatan Aku Yang Dulu Dikembalikan..
Moga-moga aku dapat menempuh ujian ini dengan penuh sabar dan redha..
insyaALLAH.. Amin.." 

MAMA, Kasihmu Sepanjang Zaman...

(Dipetik daripada Blog terdahulu)

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian



Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa



Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu



Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku



Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan



Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...



Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu..



**********************************************************************************
Sempena Hari iBU…
Perdengarkanlah lagu ini untuk kita menghayati kasih & pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya..
Dengarkan lagu ini dengan penuh tawadhuk dan penuh penghayatan serta ingatan terhadap iBU kita..
Bayang dan renungkanlah wajah iBU walaupun mereka tiada di hadapan kita tika ini..
Bayangkan kerut dan kedutnya wajah ibu…
Bayangkan dan ingatlah kembali, saat2 kita kecil, iBU yang menyusukan kita…
Memberikan didikan serta asuhan yang berpanjangan…
Memberikan tunjuk ajar serta nasihat yang tidak putus putus…
Berjaga di tengah malam sewaktu kita sakit & demam..


Setelah mampu untuk berdikari, kita meninggalkan ibu sendirian tanpa menjenguk dan bertanyakan khabar..
Pernahkah kita terbayang jauh disudut hati iBU, iBU menangis inginkan perhatian daripada anak yang dilahirkannya..
Pernahkah kita terbayang bahawa jauh disudut hati iBU, iBU mahukan kita berada dekat dengannya…
Pernahkah kita terfikir, bahawa iBU inginkan perhatian seperti mana iBU prihatin terhadap kita sewaktu kecil dahulu….
Pernahkah kita terfikir, akan sedikit lantangnya suara kita terhadap iBU, iBU pasti tersinggung…



Bayangkan bagaimana seorang Ibu mampu mengendong kandungan yang berada di perutnya selama 9 bulan 10 hari…
Seterusnya melahirkan kita di dunia ini…
Bayangkan iBU sanggup mengorbankan hidupnya untuk kita…
Bayangkan bagaimana peritnya ibu kita melahirkan kita..
Betapa sakitnya ingin melahirkan seorang anak…
MEMPERTARUHKAN NYAWA SENDIRI untuk meng”hidupkan”kan kita..
Tidak pernah kita rasai…



Hayatilah lagu ini dengan penuh rasa rendah diri..
Hayatilah lagu ini dengan penuh rasa syukur kepada TUHAN kerna mengurniakan kita iBU yang terbaik..
Kerana iBU, kita dapat melihat dunia ini…
Dapat melihat matahari, bulan, bintang dan menikmati kehidupan..
Kerna iBU kita masih disini…
Hayatilah lagu ini kerna suatu hari kita pasti akan kehilangan iBU tercinta…
Hayatilah lagu ini kerna SYURGA ITU TERLETAK DI TELAPAK KAKI IBU..


**********************************************************************************


Buat Mama iBU Tercinta, Nor Sita Bt. Haji Mohd Nor..

Mama,Terima kasih kerana melahirkan saya di dunia ini…
Terima kasih kerana menyusukan saya…
Terima kasih kerana membesarkan saya..
Terima kasih kerana memberikan didikan, asuhan serta nasihat yang tidak henti-henti..


Mama,
Terima kasih kerana menjaga saya…
Memberikan kasih & sayang sepenuh hati mama..
Terima kasih kerana menyediakan makan & minum serta pakaian saya..
Bersusah payah memicitkan kepala saya ketika saya pening..
Bersengkang mata menjaga saya ketika saya demam & sakit..
Dan tidak henti-henti menasihatkan saya agar menjaga diri…




Mama,
Terima kasih kerana sudi melayan kerenah saya..
Terima kasih kerana memahami sikap dan tingkah laku saya..
Terima kasih kerana mama tidak jemu-jemu menjaga anak mama ini..


Mama,
Terima kasih yang tidak terhingga kerana kasih sayang yang mama berikan tiada tolok bandingnya dengan kemewahan yang lain..
Terima kasih yang tidak terhingga kerana kasih sayang yang mama curahkan, kini saya menjadi manusia..
Terima kasih yang tidak terhingga kerana kasih sayang yang mama pupuk dalam diri ini akan saya hargai sampai bila-bila..


Mama,
Terima kasih kerana menjadi iBU kepada saya..
Terima kasih kerana menjadi iBU yang terbaik…
Terima kasih kerana menjadi iBU yang memahami…
Terima kasih kerana menjadi iBU yang penyayang…
Terima kasih kerana menjadi iBUyang pengasih…


Sesungguhnya, tiada iBU setanding MAMA

Selamat hari iBU, MAMA


SaHaBat~~

(Dipetik daripada Blog terdahulu)



Bermula daripada sebuah perkenalan...
Dieratkan dengan sebuah pertemuan..
Disulamkan dengan kepercayaan..
Dihiasi dengan bait2 pertemuan...
Mencipta kenangan dengan percutian...
Mendapat kenangan ketika beramai2...
Disakiti Kerna tidak memahami..
Memaafi atas segala keterlanjuran..
Perbaiki segala kesalahan..

Namun.....
Hari demi hari silih berganti...
Kenangan Hanya tinggal kenangan..
Perhatian Dibiarkan begitu sahaja..
TIada siapa yang peduli walaupun kadang kala mengingati kenangan hanya semata-mata melepaskan batuk di tangga..
Tiada kesungguhan...
Tiada Usaha..
Yang Nampak hanya kesilapan..
Kesilapan pada orang yang "minoriti"

JIka dulu..
Sahabat sangat aku sanjung..
sahabat aku anggap seperti darah daging ku sendiri..
sahabat aku anggap seperti adik beradikku..
Tetapi kini...
Bukan bererti aku tidak menganggap mereka seperti itu...
Cuma, jauh di sudut hati aku terkilan akan sikap dan perilaku sahabat sahabat ku...

Walaupun aku mampu tersenyum...
walaupun aku mampu ketawa..
walaupun aku mampu meleburkan segala rasa kecil hati, marah dan kecewa dalam diri ini..
aku tetap pergi "menyembah" orang yang masih aku menganggap mereka sahabat..
mungkin aku bukan siapa siapa pada mereka.. tetapi biarla aku dengan cara ini supaya suatu hari nnt mereka sedar akan siapa diri aku..

aku tak mintak disanjungi..
aku tak mintak untuk diingati..
cumer rasa terkilan dalam hati ini memang aku tak dapat nak elakkan..

aku pasti...
orang menyalahkan aku kerna beranggapan seperti ini..
aku tak rasa aku salah.. kerna, orang yang tidak berada di tempat aku takkan pernah merasa aper yang aku rasakan..
bahkan, segala bukti dan situasi yang di alami, mereka juga tahu bahawa orang ketiga ke empat dan seterussnya itu juga sebenarnyer memang salah berbanding untuk aku beranggapan seperti ini..
tapi aku tak tau mengapa terkilannyer aku terhadap orang itu walaupun telah ternyata "salah"nyer masih ader sokongan dan sering mendapat "anggapan" baik...
tidak bererti ingin orang simpati atau memberikan perhatian pada diri aku..
cume, kehilangan diorang pasti aku cari..
tapi ketiadaan aku seolah-olah disenangi....

hurm...
tidak diminta untuk ditatang..
tidak diminta untuk disanjung..
tidak diminta untuk diangkat..
tidak diminta juga untuk diagung-agungkan..
cumer mengharapkan sebuah "persahabatan" yang benar benar ikhlas lahir dari hati kecil masing masing supaya mengingati pertemuan dan menjauhi perpisahan..
mungkin aku bukan siapa siapa pada tiap sahabat sahabat aku..
harap harap aku dapat menghargai kalian semua sebagai sahabat aku selama lamanya..

aku tak ingin bermusuh...
aku tak ingin berasing dan terasing..
aku tak ingin akan pura pura berkawan dengan aku..
aku tak ingin akan sahbat yang "bermusim"

aku mendambakan sahabat sejati...
yang boleh kejutkan ketika aku lena..
yang buleh betulkan ketika aku salah..
yang buleh lorongkan ketika aku sesat..
yang boleh hulurkan tangannya ketika aku jatuh..
yang boleh sembahyangkan ketika aku mati..

jika benar cukup tindakan dan tingkah laku orang orang yang aku anggap sebagai sahabat kepada aku..
jika benar tingkah laku nya cukup..
jika benar sikap nyer cukup untuk menunjukkan aku sahabatnya..
aku minta pada TUHAN.. tunjukkan dan lembutkan hati aku supaya mengakui orang orang disekeliling aku sebagai "sahabat" dan bukannya semata mata hanya "kawan" walaupun diorang mengakui tindakan diorang bukan seperti seorang "sahabat" terhadap aku..

dalam usaha mencari dan memperbaiki aper yang aku ada tika ini..
puas aku mencari salah diri sendiri..
puas aku memuhasabah diri sendiri..
puas menyalahkan diri walaupun tindakan aku dengan mengambil berat kepada sahabat sahabat aku itu sebenarnyer betul..
puas bertanya dan perbaiki tiap langkah dan gerak geri..
puas segala galanya.. tapi sedikit pn aku tidak pernah melihat apa yang pernah aku lakukan untuk perbaiki persahabatan ini ada pada sahabat sahabat aku..

salah kah aku dengan meganggap sahabat sahabat aku sebagai seorang "sahabat"??
atau salah kah aku dengan menganggap sahabat aku sebenar benar "sahabat" walaupun korang mengakui aku sebagai "sahaabat" korang hanya pada perkataan??

hurm...
hargailah sahabat tidak kira dimana letak nyer kalian..
di atas mahupun di bawah..
kerna, jika hanya mencari sahabat dikala kalian di atas..
belum bererti mereka akan mendampingi kalian tatkala kalian di bawah....
Untuk mengenali sahabat sangat mudah....
ia tiada tatkala kita dibawah atau kita jatuh...
tetapi ia ada tatkala kita di atas atau tatkala individu itu ingin dan mahukan sesuatu terhadap sesuatu..
fikir & renungkan apakah kita sudah tidak lagi menjadi sahabat terhadap sahabat kita..
kini.. kawan, rakan, & sahabat... aku kenali erti lebih daripada aku kenali kamu dulu...

ikuti lirik2 lagu daripada aizat.. yang pernah mencari sahabt atau sahabat yang diharapkannyer tidak lagi bersama dia mungkin tatkala ia sangat2 mengharapkannya.. siapa tahu... mungkin kta juga pernah lalui saaat2 seperti ini ataupn akan pernah lagi untuk berada dalam keadaan seperti ini lagi & lagi...
Sahabat...
sahabat..
mengapa kau pergi...
tinggal aku sendiri..
kau tahu ku tak sanggup sahabat....

sahabat..
ingatlah.. kau selalu...
jadi yang terbaik..
walau kau tak disini lagi...


sahabat...
aku rindu padamu..
datang walau sesaat...
ku ingin kau hadir

Aku disini dan menunggu..
diam tanpa dirimu..
kau tahu ku tak bisa..
beranjak terbang dan melayang..
tanpa dirimu ku tak bisa dan KEMBALILAH...

iN~~

2316

25 Februari 2010


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...