Hye korang..
Moga-moga dirahmati di hari jumaat...
Cinta hadir pelbagai cara.
Cinta bukan sekadar untuk manusia semata-mata.
Mencari redha-NYA itu juga sebuah perjalanan cinta.
Maka jadikan kecintaan itu pencetus kepada peningkatan ilmu, kasih sayang dan taqwa.
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati ALLAH (solat jumaat) dan tinggalkanlah jualbeli.
Demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahuinya.
(Ayat 9 Surah Al-Jumaat)
Hari ini sudah pastinya solat jumaat akan ditunaikan.
Dan salah satu ciri-ciri solat jumaat adalah khutbahnya.
Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran kepada jemaah Jumaat.
Khutbah juga tidaklah memfokuskan kepada solat jumaat semata-mata..
Tetapi ia juga wujud di dalam solat-solat sunat yang lain..
Contohnya solat sunat aidilfitri & solat sunat eiduladha.
Tetapi seringkali kita luper bahawa kedudukan khutbah didalam solat-solat itu juga berbeza.
Sama ada sebelum solat mahupun selepas solat.
Kebanyakan daripada kita termasuk aku kadang-kala memandang enteng akan khutbah ini..
Sebenarnya, mendengar khutbah itu adalah wajib & menjadi salah satu syarat sah solat.
Oleh yang demikian, mendengar khutbah adalah wajib dan tidak sah solat jumaat seseorang sekiranya dia tidak mendengar khutbah.
Menurut aper yang iN belajar...
If tak silap, didalam Kitab Tasawwur Islam ada menerangkan mengapa khutbah ini menjadi salah satu syarat sah solat jumaat.
Antaranya ialah, solat fardhu zohor yang ditunaikan mempunyai empat rakaat..
Dua daripada rakaatnya digantikan dengan dua khutbah yang diselang-selikan dengan bacaan doa.
Oleh itu sekiranya kita menunaikan solat zohor dengan dua rakaat adalah tidak sah..
Begitu juga dengan tidak mendengar khutbah pada solat jumaat juga adalah tidak sah solat seseorang itu.
Terdapat pelbagai ciri, peranan & syarat yang harus diikuti berkenaan khutbah ini.
Akhir sekali untuk hari ini mari kita lihat syarat-syarat sah solat jumaat:
1. Telah masuk waktu Zohor
2. Didahulukan bacaan Kutbah drp Solat Jumaat
3. Membaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab
4. Dilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah dgn solat Jumaat
5. Khatib hendaklah seorang lelaki
6. Khatib hendaklah berdiri jika mampu
7. Khatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah
8. Khatib hendaklah menutup aurat
9. Khutbah hendaklah disampaikan dgn jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah.
10. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat drp najis.
11. Khatib hendaklah suci drp hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)
Mudah-mudah hari ini kita dapat manfaat dan sedikit ilmu daripada entry ini.
Segala teguran sekiranya ada kesalahan hukum dari entry ini diterima dengan terbuka..
Wallahua`lam
Bersambung...
Bisik-Bisik: Teringin jugak nak bacer khutbah depan orang ramai...~
5 comments:
February 11, 2011 at 12:01 PM
nice entry...
jom g solat jumaat smua..
hee..pompan dok umh ye..
=)
February 11, 2011 at 12:01 PM
'Dua daripada rakaatnya digantikan dengan dua khutbah yang diselang-selikan dengan bacaan doa.
Oleh itu sekiranya kita menunaikan solat zohor dengan dua rakaat adalah tidak sah..
Begitu juga dengan tidak mendengar khutbah pada solat jumaat juga adalah tidak sah solat seseorang itu.' <-- br tau..
sedang membayangkan ko bc khutbah di depan org rmi..
hope one day tercapai keinginan ko..
insyaAllah..
=)
February 12, 2011 at 2:24 PM
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba Tumpang lalu
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...
uhhhh kutbah jumaat ramai yang dok layan mata... tidor plakk.... dengarlah dan diam lah dengar dengan taat mudahan peroleh Rahmat
February 14, 2011 at 2:28 AM
_____♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
______ ♥♥♥♥♥♥♥♥SAY NO TO VALENTINES
_______♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥DAY♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
_________♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
February 14, 2011 at 12:00 PM
ijam~ thanx.. ha pmpuan duk umah kunci pintu sumer yer.. ngeehh
chinatsu~ ek? actually ader banyak lagi hukum dan syarat sah solat jumaat yang wajib dilaksanakan selain daripada kebiasaannya..
insyaALLAH harap-harap cam tuh la.. =)
afzainizam~ ur welcome.. samer2 share..
sumtimes kalau letih sangat ader guks tersengguk2.. tapi kalau khatib yang lantang, sure mate TEGHANG..... hehe`
Post a Comment