Aku turut bersedih dengan bencana yang menimpa jepun dengan gempa bumi + tsunami yang berlaku baru-baru ini...
Melihat kepada rakaman kejadian bencana tersebut..
Terdetik rasa keinsafan yang sangat dalam...
Terasa sayu dihati apabila mengenangkan kejadian tersebut sekiranya terkena di Malaysia.
Bukan beerti bernasib baik kita diluar lingkaran pusat gempa bumi itu..
Tetapi membayangkan kehilangan nyawa-nyawa yang disayangi..
Ditelan oleh ombak-ombak besar..
Kelemasan dalam menyelamatkan diri...
Keinsafan itu terdetik tatkala melihat bangunan-bangunan yang runtuh...
Kereta dihanyutkan air deras...
Kapal-kapal besar diterbalikkan dalam sekelip mata...
Bumi terbelah dua..
Runtuhan-runtuhan tanah dan bukit....
Seolah-olah semuanya dibina daripada pasir pantai yang "seroi"
Ombak yang datang setinggi pokok kelapa memburu..
Menghambat dan menyapu bersih tiap apa yang ada didepannya....
Infrastruktur yang dibina konkrit juga musnah..
Itulah kebesaran MAHA ESA...
Tidak ada yang dapat menandingi KEHEBATAN-NYA...
Sekalipun teknologi yang maju....
Dunia sedang menuju kepada KEHANCURAN...
Tidakkah kita sedar bahawa bencana yang diturunkan adalah "Reminder" kepada hamba-NYA untuk bersiap sedia menuju ke MAHSYAR KEKAL ABADI..
Setiap apa yang berlaku punyai SEBAB & MUSABABNYA yang tersirat...
Renungkanlah kejadian ini untuk kita lebih bersiap sedia dalam menempuh HARI YANG KEKAL ABADI KELAK..
Ingatlah diriku dan juga teman-teman sekalian..
Bertegurlah kepada arah kebaikan...
Kerana hukuman & balasan itu bukan hanya terkena kepada yang ingkar semata-mata...
Tetapi semua yang ada di dalamnya juga turut akan musnah...
SEMOGA KITA DIBAWAH RAHMAT-NYA... INSYAALLAH...
1 comments:
March 15, 2011 at 10:08 PM
mampu berdoa je..sebak kalo tengok video tu
Post a Comment