Jahiliah Moden~


 Assalamualaikum...
Jumaat kembali lagi..


Alhamdulillah hari ni masih lagi dapat menunaikan solat jumaat beramai2 di masjid..
Dan alhamdulillah juga setiap kali jumaat sama ada tua mahupun muda...
Tidak kire mat rempit mahupun orang yang baik..
Yang smart2 atau yang selekeh..
Datang ke masjid beramai-ramai menunaikan solat jumaat...


Minggu ni iN solat kat masjid seksyen 7 shah alam..
Bersebelahan dengan i-city..
Dan iN nak kongsikan sket khutbah yang disampaikan khatib pada hari ini..
Disebabkan perut tak berapa nak elok sket hari ni..
So terlewat sket sampai ke masjid..


Khatib telah memulakan khutbahnya...
Dari aper yang disampaikan...
iN nak berikan tajuk entry ini lebih kepada Jahiliah Moden..

Benar dan tepat khutbah yang disampaikan pada hari ini..
Mengapa iN katakan jahiliah moden??
Kerana jika kita lihat pada zaman ini..
Semua yang bertentangan dengan Islam akan dijunjung..
Pembunuhan secara terbuka...
Penderaan tidak kire sama ada anak, isteri malah lebih murka lagi penderaan terhadap suami...


Soal pembunuhan..
Kini nyawa tidak lagi berharga seperti dulu..
Membunuh manusia macam membunuh seekor nyamuk..
Hari-hari berita pembunuhan ini disiarkan...
Pembunuhan dapat dilakukan dalam pelbagai cara..
Lebih menyedihkan pembuhan dilakukan di khalayak ramai...
Kalau dulu Jahiliah pada zaman Rasulullah membunuh menggunakan pedang..
Tombak... Diseksa dan dipukul sehingga mati.. Anak ditanam hidup.. Wanita dijadikan hamba seks...
Tapi kini.. Menggunakan peralatan moden yang pada anggapannyer buleh menghilangkan bukti..
Kisah Al-tantuya... Di bunuh dan mayatnya diletupkan menggunakan bom buatan C4...
Bayangkan.. begitu kejam pembunuhan yang dilakukan...
Sehingga tiada belas kasihan terhadap ibu dan bapa kepada mangsa...
Tiada kubur untuk diziarah....

Pembunuhan beramai-ramai..
Kes Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya.
Diculik, dipukul dibunuh dan dibakar mayat ke empat-empat mereka...
Mana perginya kemanusiaan...

Membunuh ibu dan bapa...
Datuk dan nenek..
Anak dan isteri..
Begitu mudah..
Sudah hilang kewarasan....
Anak-anak kecil dijerut menggunakan seterika..
Datuk dan nenek disembelih..
Isteri disimbah asid...
Suami didera???
Inilah jahiliah moden...
Dunia semakin kebelakang..
Tetapi teknologi pembunuhan semakin ke hadapan..

Fitnah dijaja..
Aib dicanang ke sana sini..
Ulama` di ketepikan..
Umara` di ketengahkan..
Hukum dibelakangkan..
Fahaman sendiri menjadi tonggak masa depan...

Sebenarnya...
Soal Jahiliah ini adalah soal dari zaman Rasulullah dulu lagi..
Sekiranya Islam ditolak ketepi..
Masyarakat kita kini, tidak mustahil jauh lebih terpesong daripada masyarakat jahiliah zaman dulu...
Malah lebih teruk dan lebih hina daripada itu...
Kita sudah ader nabi.. kita sudah ada rasul untuk membimbing..
Kita sudah tau TUHAN itu SATU...
Kita punyai panduan iaitu AL-QURAN..
Tapi kita masih Jahil... malah lebih jahil dari kaum Yahudi, Nasrani dan Majusi...

Cuma beza kita dan diorang adalah agamanya..
Sedarlah kita semua bahawa sebenarnyer....
Kita harus mengikut panduan AL-QURAN yang ditinggalkan Rasulullah kepada umatnya..

Arak... judi... zina... pergaulan bebas laki dan perempuan...
Sumer itu kini sudah menjadi tren...
Sehinggakan tubuh ditayang ke seluruh tempat..
Penggunaan laman sosial yang berleluasa...
Tidak kepada perkara kebaikan..
Gambar-gambar ditayangkan..
Aurat-aurat sengaja dipamerkan...

Penindasan terhadap fakir-fakir miskin...
Anak-anak yatim...
Orang-orang tua...
Kaum hawa....
Sumer itu harus dilindungi..
Bukan mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri...


Astaghfirullahilaazim...
Begitu jauh kita umat Muhammad telah hanyut...
Terlalu banyak kerugian yang kita hadapi jika ini semua tidak dihentikan..
Terlalu dhaif kita untuk pergi mengadap Maha Pencipta...
Terlalu kerdil kita di dunia ini...
Terlalu hina kita jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w. sebagai kekasih ALLAH...

Menegakkan Islam tidak harus hanya seorang diri...
Ia perlukan sokongan..
Dorongan.. dan dokongan daripada semua umat ISLAM...
Sekiranya hanya seorang dua sahaja yang sanggup untuk menegakkan Islam..
Percayalah... Islam takkan kemana-mana..
Dan kita sentiasa berada dalam ketakutan...
Jungjunglah Islam dan tegakkanlah Syiarnya..
InsyaALLAH... kita akan dilorongkan kepada KEBENARAN...

Wallahua`lam..

3 comments:

Fendi BL036 Says:
April 15, 2011 at 4:31 PM

in....ini lah yang dinamakan dunia akhir zaman...banyak yang betul ditidak betulkan..yang tak betul dibetulkan....wallahualam...

jom ke blog hamba...tapi ini bahan utk org kawin la...heheheh yg blum kawin baca takpa...

nadira shahid Says:
April 16, 2011 at 8:42 PM

aku dah bace lame, tapi baru kali ni nk drop comment ;)
topik ko berat, jadi memerlukan mase yang lebih dan otak yang cukup rehat ;p

dinegara kite penuh dengan segala masalah sosial hingga yang paling besar dosa nya,seolah2 membiak seperti cendawan.. aku pun tak taw la, myb budak zaman sekarang dah lain.. tak boleh nak salahkan 1 pihak.. kite sepatutnye bersatu hati, lebih2 lagi untuk masalah sosial ni.. jgn la sebab lain parti, tapi masalah macam ni tak boleh handle sama..

lagi satu tentang palestin.. ni memang gua hangat daru dulu lagi.. aku pun tak taw nk cakap macam mane.. negara jiran macam arab yang memiliki kekayaan luar biasa yang boleh membina angkatan tentera yang maha besar, tapi boleh buat bodoh je.. ntah la, terdapat banyak agenda disebalik konspirasi sesebuah negara..

fuy0o, ni dah boleh buat 1 entry nih ;p

nadira shahid Says:
April 16, 2011 at 8:42 PM
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...