Mesti hang!n!

Assalamualaikum..

Jumaat adalah hari last dalam setiap minggu untuk bekerja...
Disaat jarum jam ingin menuju ke jam 5 petang...
Disaat ini jugalah baru datangnya pembahagian kerja aku untuk hari ini...

Aku agak bengkerk jugak keadaan kerja yang cam nih..
Bukan merungut dengan lambakan kerja yang diamanahkan..
Tetapi cara dan pengaturan masa itu perlu cerdik dalam usaha membentuk staff yang lebih bertanggungjawab terhadap syarikat serta melaksanakan pekerjaan itu dengan rasa yang cukup ikhlas..

Saban hari aku datang ke kantor ini mempunyai matlamat visi dan misi dalam usaha meningkatkan jati diri sekaligus mempelajari ilmu-ilmu baru dari setiap orang yang aku temui..

Aku masih baru disini..
Terlalu banyak yang harus aku pelajari untuk memastikan masa depan aku tidak akan sia-sia begitu sahaja walaupun aku tidak punyai segulung ijazah ataupun diploma..
Sudah minggu ketiga aku tidak lagi ditetapkan dengan kerja-kerja yang harus aku commit sebagai seorang staff..
Kerap kali terlintas difikiran bahawa situasi ini membuatkan aku amat bosan dalam menempuh kejaya ini..
Bosan bosan dan bosan..
Itulah tiap masa dan tiap detik yang akan terlintas di fikiran aku....

Seperti hidup..
Pekerjaan juga punyai masa yang harus dipatuhi..
Aku bukanlah seorang yang "berkira" dalam bekerja..
Tetapi dengan "pengaturan masa" yang tidak sempurna membuatkan aku sedikit berkire...
Mana tidaknya... Seawal pagi tidak menetapkan aku aper-aper "kerja"  atau "tugasan" yang harus aku selesaikan..
Tetapi pabila waktu bekerja sudah hampir tamat... Itulah masanya aku mendapat amanah untuk menyelesaikan apa yang ptt...
Disaat ini telah timbul rasa tidak senang dan juga tak puas hati dalam diri sendiri serta tidak puas hati terhadap "Orang Atasan" aku..

Anda juga pasti punyai rasa yang samer kerna disaaat kita membayangkan rumah dan juga tanggungjawab lain yang harus dipikul, kita akan ada rasa sedikit "tidak puas hati"...
Tapi apakan daya kerana kita hanyalan "kuli" yang mencari rezki dalam membantu meningkatkan perniagaan orang lain..

Aku tidak berkira sekiranya lambakan kerja yang diberi seawal pagi membuatkan aku akan pulang lewat ke rumah..
Kerana itu sudah aku sedari sejak awal lagi..
Tetapi tatkala hanya tinggal setengah jam untuk pulang..
Bamm!!! tugasan untuk hari ini...
Tidakkah aku harus untuk "stay back" menyiapkan kerja itu??

Demmit!!

-enDz-



Bisik-Bisik: Sedang menunggu "orang atasan" aku tuk sampai ke ofis untuk mengagihkan kerja pada aku.. waktu sekarang ialah 1636..

2 comments:

nadira shahid Says:
March 18, 2011 at 6:46 PM

sape boss ko? meh cni kasi no? nak brainwash sikit ;p

iN Laa...~ Says:
March 18, 2011 at 10:54 PM

wah wah wah..
kalau ini caranya..
ko pn adek terbaik la yang pernah akun ada... huhu~ =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...