MenciNta! Khutbah... (Part 2)

Assalamualaikum...


Pejam celik pejam celik dah jumaat balik kan..
Sekejap jer masa berlalu...
Rasanyer baru semalam g solat jumaat....


"Demi masa, Sesungguhnya manusia kerugian, 
melainkan yang beriman dan yang beramal soleh" 


Mencintai Khutbah,
Ianya bukanlah mendengar khutbah semata-mata.
Malah terdapat banyak intipati dan nasihat serta teguran dan juga pendapat yang harus difikirkan bersama-sama dalam membendung masalah yang melanda di satu-satu tempat.


Oleh yang demikian peranan khutbah bukanlah semata-semata membebel dan dilaksankan bagi cukup syarat kepada solat jumaat..
Tetapi ia juga satu medium perhimpunan bagi Umat Islam dan kaum lelaki khususnya untuk menyampaikan dakwah serta menyebarkan agama Islam.


Menyampaikan khutbah bukanlah seperti membaca teks semata-mata,
Tetapi ianya haruslah disampaikan dengan penuh rasa tanggungjawab serta intonasi yang berbeza bagi memastikan ia sampai kepada jemaah.
Disebabkan iN teringin untuk membaca khutbah, jom sama-sama kita lihat apakah iN layak untuk menjadi khatib seterusnya membaca khutbah sekiranya berkesempatan... 
Antara ciri-ciri & syarat sah pembaca khutbah ialah:




  1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
  4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
  7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
  8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.


Setiap ape yang dilakukan pasti ada landasan dan garis panduannya.
Begitu juga dengan khutbah jumaat.
Dimana ia mempunyai rukunnya yang tersendiri yang perlu diikuti bagi melengkapkan kesempurnaan solat jumaat itu sendiri.

Diantara rukunnya ialah:
1. Memuji Allah spt Alhamdulillah

2. Membaca selawat ke atas Nabi SAW
3. Mengingatkan para jemaah supaya bertaqwa kepada Allah spt Ittaqullah  

(إتق الله)
4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran dengan lengkap
5. Mendoakan kesejahteraan kaum muslimin sekurang-kurangnya

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُســلِمِينَ وَالْمُسْـلِمَاتِ وَالْمُؤمِنِينَ وَالْمُؤمِنَات




Walaupun info yang disampaikan ini pastinya untuk pembaca khutbah, tetapi sebagai umat islam, seharusnya kita ambil tahu akan rukun dan hukumnya kerana dengan pengetahuan dan ilmu itu juga membawa kepada keberkatan... insyaALLAH... 

Mudah-mudah hari ini kita dapat manfaat dan sedikit ilmu daripada entry ini.
Segala teguran sekiranya ada kesalahan hukum dari entry ini diterima dengan terbuka..


 Bersambung....



Bisik-Bisik: Rasa malas sangat hari ni, tapi solat jumaat malas cam maner pn kena pergi... huhu~ =) 

The Choosen One... Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Maulud Nabi.

Moga-moga kita akan sentiasa mendapat syafaat dari Rasul Junjungan Agung Ini..

Sabdanya....

"Orang yang paling dekat dengan aku adalah orang yang paling banyak berselawat ke atas aku"

Maka dengan itu, perbanyakkan lah selawat setiap hari, setiap masa dan bukan pada hari kelahiran baginda semata-mata...

Mudah-mudahan kita lebih disayangi dan menyayangi baginda.. InsyaALLAH....

Akhir sekali, mari berselawat sambil memuji-muji kemuliaan baginda...



Oh ya...
dengarkan juga lagu ini dan hayati...
Terbaik  tentang Kekasih ALLAH..
The Choosen One..



Semoga kita sama-sama peroleh syafaat daripada baginda di mahsyar kelak...
insyaALLAH... amin~



Bisik-Bisik: Menjadikan Rasulullah sebagai idola kita adalah sebaik-baik pilihan walaupun ianya takkan sampai ke tahap seperti baginda... InsyaALLAH akan dirahmati...~ 


Haram Berkasih Sayang...

Assalamualaikum...


Bermaknakah sehelai kertas diatas??
Bacer serta hayati.

Cuma aper yang hendak aku ungkapkan adalah....

"Umat Islam tidak ada hari-hari tertentu untuk berkasih sayang, 
kerna setiap hari, di setiap tempat, dan setiap masa 
Umat Islam harus berkasih sayang di antara satu sama lain.
Malah bukan itu sahaja, kita di ajar menyayangi sesama makhluk sama ada haiwan dan tumbuh-tumbuhan di bumi ALLAH ini"

Tepuk dada tanyalah Iman... 



Sehelai kertas itu diperoleh daripada Masjid Mutiara Damansara, 
semasa menunaikan solat jumaat minggu lepas. 



Bisik-Bisik: Kalau 14 feb adalah hari untuk berkasih sayang, apakah tarikh lain merupakan hari "permusuhan"? =? 


MenciNta! Khutbah... (Part 1)

Assalamualaikum...


Hye korang..
Moga-moga dirahmati di hari jumaat...


Cinta hadir pelbagai cara. 
Cinta bukan sekadar untuk manusia semata-mata.
Mencari redha-NYA itu juga sebuah perjalanan cinta.
Maka jadikan kecintaan itu pencetus kepada peningkatan ilmu, kasih sayang dan taqwa.



"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati ALLAH (solat jumaat) dan tinggalkanlah jualbeli.
Demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahuinya.

(Ayat 9 Surah Al-Jumaat) 




Hari ini sudah pastinya solat jumaat akan ditunaikan.
Dan salah satu ciri-ciri solat jumaat adalah khutbahnya.


Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran kepada jemaah Jumaat.


Khutbah juga tidaklah memfokuskan kepada solat jumaat semata-mata..
Tetapi ia juga wujud di dalam solat-solat sunat yang lain..
Contohnya solat sunat aidilfitri & solat sunat eiduladha.
Tetapi seringkali kita luper bahawa kedudukan khutbah didalam solat-solat itu juga berbeza.
Sama ada sebelum solat mahupun selepas solat.


Kebanyakan daripada kita termasuk aku kadang-kala memandang enteng akan khutbah ini..
Sebenarnya, mendengar khutbah itu adalah wajib & menjadi salah satu syarat sah solat.
Oleh yang demikian, mendengar khutbah adalah wajib dan tidak sah solat jumaat seseorang sekiranya dia tidak mendengar khutbah. 




Menurut aper yang iN belajar...
If tak silap, didalam Kitab Tasawwur Islam ada menerangkan mengapa khutbah ini menjadi salah satu syarat sah solat jumaat.
Antaranya ialah, solat fardhu zohor yang ditunaikan mempunyai empat rakaat.. 
Dua daripada rakaatnya digantikan dengan dua khutbah yang diselang-selikan dengan bacaan doa. 
Oleh itu sekiranya kita menunaikan solat zohor dengan dua rakaat adalah tidak sah..
Begitu juga dengan tidak mendengar khutbah pada solat jumaat juga adalah tidak sah solat seseorang itu.


Terdapat pelbagai ciri, peranan & syarat yang harus diikuti berkenaan khutbah ini.
Akhir sekali untuk hari ini mari kita lihat syarat-syarat sah solat jumaat:


1. Telah masuk waktu Zohor
2. Didahulukan bacaan Kutbah drp Solat Jumaat
3. Membaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab
4. Dilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah  dgn solat Jumaat
5. Khatib hendaklah seorang lelaki
6. Khatib hendaklah berdiri jika mampu
7. Khatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah
8. Khatib hendaklah menutup aurat
9. Khutbah hendaklah disampaikan dgn jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah. 
10. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat drp najis.
11. Khatib hendaklah suci drp hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)


Mudah-mudah hari ini kita dapat manfaat dan sedikit ilmu daripada entry ini.
Segala teguran sekiranya ada kesalahan hukum dari entry ini diterima dengan terbuka..


Wallahua`lam 


Bersambung...




Bisik-Bisik: Teringin jugak nak bacer khutbah depan orang ramai...~ 



Syukur~

Assalamualaikum...


Ingin mengungkapkan...

"Sekiranya kesusahan ini adalah untuk kesenangan di masa hadapan... Aku syukur"

"Sekiranya ujian yang aku terima ini untuk kematangan dalam kehidupanku kelak... Aku syukur"

"Sekiranya kekurangan ini membuatkan aku lebih kuat... Aku syukur"

"Sekiranya tohmahan itu untuk kebaikan aku... Aku syukur"

"Sekiranya aku jatuh kerana umpatan mereka... Aku syukur"

"Aku sentiasa bersyukur tiap apa yang berlaku... Kerna tiada sebaik-sebaik ucapan selain daripada Syukur, kerna pasti  Tiap Yang Berlaku Itu Adalah Kasih Daripada Pencipta-NYA" 

"Semoga Kesyukuran Ini Akan Peroleh Syafaat Kelak"

InsyaALLAH.....

....

RapidKL diskriminasi Kaum Lelaki~

Assalamualaikum….

Ha sajer nak story kosong…
Ingatkan KTM  jer yang khaskan koc tengah adalah koc wanita..
Ruper-rupernyer rapidkl pn ada khaskan trip tuk wanita sahaja…

Terus kepada situasi..
Sampai jer bus station CM tuh..
Bus pn sampaila..
Then tiber2…
Pap!!
Dier tampal sticker tuk wanita sahaja…
Aik??
Aku pn terus beredar daripada barisan nak naik bus tuh..

Agak kebengangan jugakla aku…
Tapi lat 5 minit sampai sebijik bus lagi..
Nasib baik kali ni dier tak tampal..
Kalau tak sure aku 2x bengang…
Aku terus naik dan  memulakan sesi soal dialog dengan driver bus tuh..


  
iN:   Memang ader khaskan bus untuk wanita ker?

D:   A`ah.. Kan kerajaan dah umumkan hari tuh...

iN:   Ooo.. xdengar plaks RapidKL involve.. Setahu saya KTM jer.. huhU~

D:   Ada... 

iN:   Berapa lama dah?? 

D:   Sejak bulan 12 hari tuh.. 

iN:  Ooo.. (Sambil menuju tempat duduk)


Aku pn dengan senang hati menerima jawapan daripada driver bus tuh... 

Pastuh yang peliknya...
Ader sorang mamat nih..
Indon rasanyer... 
Masa bus mule2 sampai tadi dier beriyer-iyer marahkan driver bus tuh..
Sian jugak aku tengok bro driver tuh..
Senyap jer dier.. Tapi dier tak layan..

"Napa buat cam ni, kami pn warganegara jugak?"

"Kita kan satu Malaysia" 

"Saya mau ambik ini no bus, saya mau bagi sama menteri" 

 Geli hati guks masa tuh... tapi control beb.. 
Control tengkorak ko.. Aku tengah letih la dat time.. hakhakhak =P 
  
Ha... bagus jugak usaha kerajaan tuk asingkan bus-bus wanita dan lelaki pada masa-masa tertentu..
Dan kalau buleh asingkan tiap masa... 
Tapi dalam masa yang sama mestilah pastikan yang trip tuk bus laki-laki ni still bergerak..
If tak gerak cam ne laki-laki nak naik bus kan.. Huhu~


Oh ya...
Tuk pengetahuan korang..
Maner tau kot-kot nnt kena naik bus kan...

Ada 2 trip yang dikhaskan tuk penumpang wanita disebelah petang..
pertama pada jam 1800 dan kedua pada jam 1845..

Tuk pagi aku tak tau.. huhu~


Lagi satu..
tak diskriminasi pn..
Aku sokong 100%...
Saje bikin gempak.. ngeee 

Daa~


Bisik-Bisik: Sejak biler plaks 1 Malaysia ader kelompok iNdon??eh iN ker tuh?? oh tidak....!!! =P 

VisioN~

Assalamualaikum..

Hye korang.. 
Selamat pagi semua...

Monday Blues?? 
Semestinyer tidak pada aku..
Korang aku rasa yer kot... Ngeehh.. =P 
Tul tak?? 

Tuh yang tengah blogwalking tuh.. 
Lagi mau tipu...!! =P 

Aha!! 
Actually tak der aper pn nak story..
But then sajer nak update blog n post new entry tuk hari ni...

Setelah semalam tak jadi balik pj..
Subuh-subuh sapie pagi tadi dah bangun seawal 5 pagi tuk bersiap...
Memulakan perjalan setengah jam kemudian terus ke puncak alam tuk menghantar adikku tersayang ke rumah sewanyer..
Kemudian ke damansara terus masuk ofis.. 
Balik kang menapak la aku nak cari bus coz pagi tadi abg aku yang anto naik kete.. 
Huhu.. takper2.. Travel.. 
Wakaka... travel la sangat kat damansara ni.. huhu.. =D

Anyway thanx to my big brother yang sudi tolong antorkan aku g keje hari ni...
Same goes to my sister iN-law... 
Sister iN-law?? aik apersal ader "iN" plak yer?? 
Mungkin sebab itu ipar aku kot..
Tapi korang nyer ipar aku rasa korang kena tukar yang "iN" tuh jadi nama korang....
So dat itu ipar korang.. jgn guna "iN" ok! =P hakhakhak.....
(beron plaks aku hari ni) 


Oh ya..
Walaupun hanya dapat lelap beberapa jam sahaja malam tadi dek kerana menyembang hingga lewat pagi...
Hari ni aku terasa mengantuk n mata sangat pedih kerana tak cukup tdo......
Tapi walaupun begitu aku dah tetapkan bahawa hari ini aku akan bekerja dengan wawasan... 
Tak cayer?? Betoi... AKU JARANG TIPU-TIPU ni.. hihihi~

Ha ok la yer....
Wawasan sedang menunggu aku tuh..
Kan aku nak bekerja "dengan" wawasan...
Kang dier buat keje sorang-sorang plaks..
Sian dier.... 
Hakhakhak.. =))


Daa~


Bisik-Bisik: Selamat bekerja pada korang sumer... Have A Nice Day~ PEACE [V]



Terkandas..

Assalamualaikum..

Hye korang...
Amacam cuti??
Besh tak??

Mestilah besh kan.. <- tanyer n jawab sendiri.. huhu~
Maner tak nyer cuti panjang disebabkab perayaan tahun baru cina...

Biler time cuti jer for sure la ramai yang balik kampungkan...
Tak terlepas guks yang tak sambut rayer..
Termasuklah aku...
Korang pn aper kurangnyer... ngeehh =P aku tau.. huhu~

Hmm...
Actually, aku baru menempuh jem yang teruk sekitar tapah ke selatan...
Dan kini aku berada di tapah semula setelah tidak sanggup untuk menempuh jem hingga ke KL...
Disebabkan jalan yang sangat jem kami adik beradik mengambil keputusan untuk patah balik ke tapah dan gerak balik KL pagi sok sahaja...
Ini setelah mengambil kira untuk menjaga condition kereta kerana risiko untuk berlaku breakdown dalam keadaan jem sangat tinggi...
Hoho~

Keadaan jem yang memang kritikal hinggakan pihak PLUS n PDRM membuka jalan by pass (arah utara) menjadikan jalan altenatif menuju ke selatan sebanyak tiga lorong..  itu tak termasuk lagi lorong kecemasan...
Huhu~

video
Oh ya..
Perjalan dari tapah ke sungkai kira-kira 27 km mengambil masa selama 1 jam 20 minit..
Perjalanan biasa lebih kurang 30 minit jer...
Ayuyai... tak sanggup beb nak tempuh jem ke depan lagi...



Kalau setakat tuh jer buleh aman lagi..
Tapi ader pemandu-pemandu yang suker-suker potong Q dan mementingkan diri sendiri..
Bertimbang rasalah sket pada pengguna yang lain..
Masing-msing nak sampai ke destinasi dengan selamat..
Janganlah ikut macam anda sorang jer yang menggunakan jalan raya tuh.. huhu~

Aper-aperpn aku dah selamat tiba di umah sendiri..
So hope pagi sok tak la jem...



Bisik-Bisik: Malas plaks rasanyer nak keje pagi sok... cam ner ni?? takkan sambung cuti lagi?? huhu~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...