MenciNta! Khutbah... (Part 2)

Assalamualaikum...


Pejam celik pejam celik dah jumaat balik kan..
Sekejap jer masa berlalu...
Rasanyer baru semalam g solat jumaat....


"Demi masa, Sesungguhnya manusia kerugian, 
melainkan yang beriman dan yang beramal soleh" 


Mencintai Khutbah,
Ianya bukanlah mendengar khutbah semata-mata.
Malah terdapat banyak intipati dan nasihat serta teguran dan juga pendapat yang harus difikirkan bersama-sama dalam membendung masalah yang melanda di satu-satu tempat.


Oleh yang demikian peranan khutbah bukanlah semata-semata membebel dan dilaksankan bagi cukup syarat kepada solat jumaat..
Tetapi ia juga satu medium perhimpunan bagi Umat Islam dan kaum lelaki khususnya untuk menyampaikan dakwah serta menyebarkan agama Islam.


Menyampaikan khutbah bukanlah seperti membaca teks semata-mata,
Tetapi ianya haruslah disampaikan dengan penuh rasa tanggungjawab serta intonasi yang berbeza bagi memastikan ia sampai kepada jemaah.
Disebabkan iN teringin untuk membaca khutbah, jom sama-sama kita lihat apakah iN layak untuk menjadi khatib seterusnya membaca khutbah sekiranya berkesempatan... 
Antara ciri-ciri & syarat sah pembaca khutbah ialah:




  1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
  4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
  7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
  8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.


Setiap ape yang dilakukan pasti ada landasan dan garis panduannya.
Begitu juga dengan khutbah jumaat.
Dimana ia mempunyai rukunnya yang tersendiri yang perlu diikuti bagi melengkapkan kesempurnaan solat jumaat itu sendiri.

Diantara rukunnya ialah:
1. Memuji Allah spt Alhamdulillah

2. Membaca selawat ke atas Nabi SAW
3. Mengingatkan para jemaah supaya bertaqwa kepada Allah spt Ittaqullah  

(إتق الله)
4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran dengan lengkap
5. Mendoakan kesejahteraan kaum muslimin sekurang-kurangnya

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُســلِمِينَ وَالْمُسْـلِمَاتِ وَالْمُؤمِنِينَ وَالْمُؤمِنَات




Walaupun info yang disampaikan ini pastinya untuk pembaca khutbah, tetapi sebagai umat islam, seharusnya kita ambil tahu akan rukun dan hukumnya kerana dengan pengetahuan dan ilmu itu juga membawa kepada keberkatan... insyaALLAH... 

Mudah-mudah hari ini kita dapat manfaat dan sedikit ilmu daripada entry ini.
Segala teguran sekiranya ada kesalahan hukum dari entry ini diterima dengan terbuka..


 Bersambung....



Bisik-Bisik: Rasa malas sangat hari ni, tapi solat jumaat malas cam maner pn kena pergi... huhu~ =) 

3 comments:

ch!natsu Says:
February 18, 2011 at 10:08 AM

sile rajin okeh? =)

nadira shahid Says:
February 18, 2011 at 10:48 AM

yup, btul tu chinatsu.. pesan kt die jgn tidur time dgr khutbah ;)

krole Says:
February 18, 2011 at 12:13 PM

wuahhh!!!btul bro~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...