Jumaat & Saf...

Assalamualaikum...


Hye semua..
Harap-harap sihat walafiat dan diberkati hendaknya...


Oh ya..
Aku agak kemarahan dan ketensionan dengan blog sendiri kerana cubaan menukar template nyer agak sukar dan mengalami pelbagai masalah..
Rasanya adalah 3 hari blog ini off...
So hari ini walaupun still masih tidak berpuas hati dengan conditionnyer, anggap jer ler ok..
Asalkan dapat update dan dibacer...  insyaALLAH.. =) 


Balik-balik solat jumaat terus update blog..
Kalau diikutkan sebenarnyer memang dari dulu lagi nak buat entry ni..
But then masa membataskan segalanya...


Jumaat...
Pastinyer kewajipan bagi seorang lelaki muslim menunaikan solat Jumaat..
Dan dalam perlaksanaan ibadah itu juga, kita haruslah mengikut kepada kesempurnaan dalam melakukan ibadah tersebut..
Pada kaum lelaki khususnya, pasti anda juga sentiasa melihat kepada situasi ini..


Saf...
Seringkali tiap solat jumaat ader jer yang buleh buat tak tau akan soal saf ni..
Kengkadang tuh ader terlopong sana sini then leh solat cam tuh jer...
Masing-masing buat tak tau nak penuhkan saf kat depan...


Merapatkan saf adalah suatu kesempurnaan dalam menunaikan ibadah solat berjemaah....
Tidak kiralah sama ada solat yang wajib 5 waktu mahupun solat-solat sunat yang dilakukan secara berjemaah...



Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul
1 Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki.
2 Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
3 Menutup ruang/celahan di antara saf.
4 Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Cara Meletakkan Tumit Kaki Yang Betul

Cara Meletakkan Tumit Kaki Yang Salah

Cara Berdiri Yang Betul 

Cara Berdiri Yang Salah



Sekiranya dipertengahan solat kita dapati saf dihadapan mahupun disebelah kita kosong atau renggang, hendaklah kita berganjak dan merapatkan saf tersebut dengan sekurang-kurangnya tiga pergerakan besar...

Diharap kita sama-sama dapat pertingkatkan kesempurnaan di dalam melaksanakan solat berjemaah ini..

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)




Bisik-Bisik: Kadang-kadang ader jer jemaah yang memang tak nak penuhkan saf depan coz nnt lepas salam kedua jer terus nak cabut.... aduyai...~ 



5 comments:

Nadhirah-chan Says:
January 28, 2011 at 4:47 PM

memang pun , selalu je jadik masa saya gi solat kat masjid . nak duduk kat belakang konon boleh la nak lunjur2 badan pastu nak menyembang . ish3 .

hafiz Says:
January 28, 2011 at 5:00 PM

baru tahu saf mcm ni

iN Laa...~ Says:
January 29, 2011 at 9:35 AM

nadhirah~ ha tuh la... kadang2 heran tengok manusia ni~

hafiz~ ek?? ha tak per... lepas ni jgn kasi terlopong lagi yerk...

YATZAKIE Says:
February 1, 2011 at 1:08 AM

umm..thaks 4 da entry..

iN Laa...~ Says:
February 2, 2011 at 3:10 PM

thanx sudi bacer =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...